crocswear@gmail.com
Tulen atau Tiruan?

Pertama: Physical look (Finishing)


Perhatikan betul-betul finishing. Fizikal look mungkin sama tapi kemasan yang membezakan yang tulen dari yang tiruan. Crocs tiruan punya kemasan amat teruk (sesetengah model macam olivia, nampak macam kemek).

Kedua: Logo button Crocs

Logo button Crocs, contohnya, pada model Offroad seharusnya bersinar cantik.  Bukannya pudar.

Ketiga: Tulisan tapak

Original tulisan seharusnya: boulder, colorado (koma)
Imitate: boulder.colorado (titik)

(Perhatian: Bukan semua crocs tiruan macam ni, ada juga sama tulisan macamyang tulen).
Kalau anda jumpa penjual jual macam ini, and kalau dia nak bertekak dengan anda dengan memberi alasan model original reject sebab tu ada titik bukan koma, jangan tertipu. Itu maknanya dia sendiri terkejut dengan soalan anda dan tak tahu nak jawab.
Tulen: www.crocs.com Imitate: www.crocs.com

(Perhatian: Bukan semua tiruan macam ini, ada tulisan macam tulen)


Keempat: Kelembutan (softness)

Kelembutan material original adalah berbeza kerana menggunakan material Crocsslite. Jika tiruan, ia tidak menggunakan Crocsslite, ia mungkin getah biasa atau plastik.  Untuk mengetahui beza material Crosslite, kenalah beli satu yang tulen.  Bagi sesiapa yang biasa pakai, sudah tentu boleh membezakan material ini.

Kelima: Banyak model pelik-pelik.

Bukan senang untuk mencari model tulen.  Bagi model baru, ianya hampir mustahil.  Jika ada sekalipun, terpaksa berebut dengan pembeli besar-besar dari banyak negara.  Sebab itu saya tidak hairan jika blog lain menjual model yang pelik-pelik, sebab saya tahu itu adalah Crocs tiruan.

Perlu diingatkan, kalaulah senang nak dapatkan model tulen, apa gunanya butik Crocs ni ada di Malaysia. Lebih baik dia tidak payah buat butik, bayar sewa mahal-mahal. Lebih baik hanya jual di pasar sahaja.

Kalau dah ramai bawa masuk Crocs ni, lepas tu jual murah, apa gunanya butik Crocs ni ada kat Malaysia.  Crocs original bukan mudah nak dapat.

Ramai orang tak tahu proses nak dapatkan Crocs tulen sebab itu mereka andaikan mudah sahaja. Kalau anda lihat ada blog jual dengan kuantiti sedikit, boleh ambil stok sedikit-sedikit, kemungkinan besar, dia menjual Crocs tiruan.

Keenam: Plastik Crocs

Sekarang ini Crocs tiruan juga datang dengan plastik Crocs.  Jadi, kalau dia claim dia ada plastik itu bukan jaminan ianya tulen.

Tapi perlu ingat, point-point ini bergabung antara satu sama lain.  Maknanya, kalau tidak cukup semua point utk Crocs itu, ianya tidak boleh dianggap original.

Akhir kata, cara terbaik still dengan memakai Cros tulen dan anda akan tahu beza dia.types of adjustments.
sales@crocswear.com

Home

 

Beli

Tempah

Saiz

Soalan Lazim

 

Hubungi Kami

Mengapa Kami

 

Blog

 |     Copyright:    <a href="http://www.crocswear.com"><span style="text-decoration:none;color:#fff2f0;">www.crocswear.com</span></a> (c) (2009)     |     Contact us:   <a href="mailto:crocswear@gmail.com"><span style="text-decoration:none;color:#fff2f0;">crocswear@gmail.com</span></a>     |